flags
logo_fb_smalllogo_fb_smallInstagram Bookmark and Share

Selamat Datang Ke Projek 100 Insan!

7 bilion insan berkongsi planet ini.
Siapakah kita?
Bagaimanakah rupa kita?
Apakah yang dipelajari oleh kita daripada orang lain?

100 People Foundation membantu pelajar untuk lebih memahami isu rumit yang dihadapi oleh planet kita dan sumber dikongsi bersama oleh kita. Dengan menjadikan 100 orang sebagai rangka rujukan populasi global, media kami membuatkan pendidikan lebih berkesan dan menarik, serta memperbaiki keupayaan pelajar untuk mengingati dan menghayati perkara yang dipelajari oleh mereka.

Klik di sini untuk melihat statistik populasi global kami

Kami menjelajah dunia untuk bertemu dan mendapatkan potret 100 orang yang mewakili kita semua, iaitu 7 bilion insan yang berkongsi planet ini. Visi kami adalah untuk menghasilkan filem dokumentari, fotografi dan alat-alat pendidikan yang memudahkan pengenalan bersemuka antara penghuni dunia ini dengan cara yang memupuk rasa hormat, mewujudkan dialog dan mengilhamkan kerakyatan global. Filem, fotografi dan program pendidikan kami berusaha untuk mengubah cara kita bertanggapan tentang orang lain dengan cara di mana kita menghampiri keamanan dunia.

Sertai kami!

Kami menjemput pelajar untuk menyumbang kepada potret dunia dengan meraikan seseorang daripada komuniti mereka menerusi fotografi, penulisan dan seni. Ikuti pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut dan muat turun atau melihat rancangan mengajar kami.

Rancangan Mengajar 100 Insan: Sebuah Potret Dunia

Kami bekerjasama dengan Yayasan SunPower untuk menghasilkan 100 Insan Di Bawah Matahari, iaitu sebuah projek yang bertumpu pada cara kita berkongsi tenaga di planet ini dan potensi cahaya matahari yang amat besar. Ikuti pautan di bawah untuk mencapai rancangan mengajar kami dan menyumbang penemuan pelajar anda kepada potret global penggunaan tenaga kami.

Rancangan Mengajar 100 Insan Di Bawah Matahari

Tonton Video Suria kami

Kami sedia membantu. Sila menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang soalan tentang projek ini dan cara anda dapat menggabungkannya dalam pengajaran anda. Anda boleh menghantarkan pertanyaan anda kepada kami di:

100 People Foundation
15 West 26th Street, #914
New York, NY 10010 USA
Telefono: +1 212 252 8402
E-mail: lisa@100people.org




HOME | CONTACT US